Sinopsis Drama Kamar Kamariah (Slot Akasia)

Sinopsis Drama Kamar Kamariah (Slot Akasia)|NANTIKAN drama bersiri terbaru berjudul Kamar Kamariah yang bakal mengisi slot Akasia di TV3. Bakal dibintangi oleh Fizz Fairuz, Nabila Huda, Syafie Naswip, Aidil Aziz dan ramai lagi. Drama 13 episod ini diarahkan oleh Raja Ahmad Alauddin dan dibawah terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd.

Sinopsis Drama Kamar Kamariah (Slot Akasia)

JUDUL : KAMAR KAMARIAH
JUMLAH EPISOD : 13 episod
TARIKH TAYANGAN : 17 April 2019
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENGARAH : Raja Ahmad Alauddin
TERBITAN : Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
PELAKON : Fizz Fairuz, Nabila Huda, Aidil Aziz, Syafie Naswip, Engku Faridah, Tasha Shilla, Shuhanty Hanafiah, Ifa AF, Halmy Hamizan, Riena Diana

WATAK PELAKON:

Fizz Fairuz sebagai Murad
Nabila Huda sebagai Kamariah
Syafie Naswip sebagai Qhalif
Engku Faridah sebagai Habsah

SINOPSIS:

Mengisahkan kehidupan suami isteri bahagia pada pandangan orang lain. Namun isterinya bersalah sepanjang hidup bersama suami. Kekejaman dan kezaliman Murad kepada isterinya, Kamariah tidak pernah dikenali orang sekeliling. Dalam naskhah ini juga, menghimpunkan kesabaran isteri yang dikuga dengan kezaliman suami. Saban hari dipukul dan disepak teranjang, namun dia masih bertahan.

Kamariah wanita dianiaya sejak muda lagi. Kamariah diperkosa oleh lelaki mabuk yang tidak mengaku perbuatannya. Kamariah menganggap kejadian itu balasan tuhan atas pekara maksiat yang dilakukannya. Kamariah berkahwin dengan Murad.

Murad adalah seorang lelaki alim dan berhati mulia disisi pandangan orang kampung. Namun sebaliknya Murad berselindung menjalankan perniagaan kelab malam. Dia perlu berkahwin dengan Kamariah atas pilihan ibu. Konflik bertambah apabila Murad mengetahui kisah silam Kamariah dan Kamariah melahirkan anak yang dianggap bukan darah dagingnya. Keadaan itu menyebabkan Murad menjadi baran dan mendera Kamariah.

Kamariah terpaksa merahsiakan yang dia menjadi korban deraan Murad kerana Kamariah sentiasa bimbang Murad akan membunuh anaknya. Didepan keluarga, Murad melayan Kamariah dengan penuh kasih sayang.

No comments

Powered by Blogger.