Sinopsis Drama 30 Pesanan Suara (Slot Akasia)

Sinopsis Drama 30 Pesanan Suara (Slot Akasia)|NANTIKAN drama bersiri terbaru berjudul 30 Pesanan Suara yang bakal bersiaran di slot Akasia TV3. Bakal menampilkan gandingan seperti Shukri Yahaya, Saharul Ridzwan dan Hannah Delisha. Drama arahan Pali Yahya ini dibawah terbitan Suhan Movies & Trading.

Sinopsis Drama 30 Pesanan Suara (Slot Akasia)

JUDUL : 30 PESANAN SUARA
EPISOD : 30 episod
TARIKH TAYANGAN : Ramadan 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Ahad, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS SKRIP : Nieza Nahar
PENGARAH : Pali Yahya
PRODUKSI : Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
PELAKON : Shukri Yahaya, Saharul Ridzwan, Hannah Delisha, Izzue Islam, Ain Edruce, Ruzana Ibrahim, Azhar Amir, Zarina Zainuddin, Farisha Irwayu, Riz Amin, Hanna Aqeela, Erwin Dawson, Isaac Iman

WATAK PELAKON:

Shukri Yahaya sebagai Izman
Saharul Ridzwan sebagai Iman
Hannah Delisha sebagai Syafira
Izzue Islam sebagai Alif
Ain Edruce sebagai Fatin
Ruzana Ibrahim sebagai Syazana

SINOPSIS:

Mengisahkan tentang tiga sekawan yang sangat rapat, Iman, Syafira dan Izman. Suatu hari, dalam sibuk menyiapkan persiapan perkahwinan antara Syafira dan Iman, Syafira telah tersalah hantar pesanan suara kepada rakan lelakinya, Izman yang sepatutnya dihantar kepada tunangnya, Iman. Namun, jodohnya tidak kesampaian apabila Iman meninggal kerana serangan asma dan lemas di kawasan air terjun beberapa minggu sebelum majlis perkahwinan mereka.

No comments

Powered by Blogger.