Sinopsis Drama Teratai Kemboja (TV3)

Sinopsis Drama Teratai Kemboja (TV3)|NANTIKAN drama bersiri terbaru berjudul Teratai Kemboja yang bakal mengisi slot Zehra di TV3. Diterajui pelakon seperti Adi Putra, Fasha Sandha, Elly Mazlein, Hanani Hasnul Rahmat, Nafiz Muaz dan ramai lagi. Drama ini merupakan arahan dari sutradara Along Kamaluddin.

Sinopsis Drama Teratai Kemboja (TV3)

Judul : TERATAI KEMBOJA
Jumlah Episod : 21 episod
Tarikh Tayangan : 13 April 2018
Waktu Siaran : Rabu-Jumaat, 9:00 malam
Siaran TV : Slot Zehra TV3
Idea Asal : Dr Bambang
Penulis Skrip : Zarihah Hassan
Pengarah : Along Kamaludin
Terbitan :  Saphire Screen Sdn Bhd
Pelakon : Adi Putra, Fasha Sandha, Elly Mazlein, Hasnul Rahmat, Nafiz Muaz, Fezrul Khan, Nadia Brian, Jaja Iliyes, Noralbaniah, Fauzi Nawawi, Ikhlas Jalil, Sabhi Saddi, Azzahra Ahmad, Damia Qaissarah

Watak Pelakon:
Adi Putra sebagai Fikri
Fasha Sandha sebagai Nur Hidayah
Elly Mazlein sebagai Hanani
Hasnul Rahmat sebagai Taufik
Nafiz Muaz sebagai Muhd Hamdan
Fezrul Khan sebagai Hafiz
Ikhlas Jalil sebagai Tajul
Noralbaniah sebagai Maryam
Fauzi Nawawi sebagai Saupi
Nadia Brian sebagai Laila
Azzahra Ahmad sebagai Natrah
Damia Qaissarah sebagai Ismi

Sinopsis:

Mengisahkan watak Fikri dan Hanani yang telah berkahwin ketika masing-masing berusia 23 tahun dan masih di tahun akhir pengajian di universiti. Disebabkan mereka masih belum habis belajar, Hanani tidak ingin punya anak. Dia ambil keputusan untuk ambil pil perancang. Fikri tidak setuju dengan tindakan Hanani kerana ada juga kawan-kawan mereka yang masih belajar, berkahwin dan punya ada anak. Hanani tetap dengan keputusannya, ternyata dalam rumahtangga mereka, Hanani lebih mendominasi dan Fikri banyak mengalah.

Selepas habis belajar dan mereka mula bekerja, Fikri minta supaya Hanani berhenti makan pil perancang. Konflik mula timbul, prinsip mereka berbeza. Fikri membawa diri ke Kemboja.

Di sana, beliau bertemu seorang imam dari Malaysia yang menetap lama di Kemboja iaitu Taufik yang mempunyai sejarah tersendiri dengan membawa lari anaknya, Nur Hidayah menetap jauh di rantau orang.

Takdir menentukan Fikri jatuh cinta dengan Nur Hidayah, lantas menikahinya tanpa pengetahuan isteri yang tinggal jauh di Malaysia.

No comments

Powered by Blogger.