Sinopsis Drama Monalisa (ASTRO)

Sinopsis Drama Monalisa (ASTRO)|NANTIKAN drama bersiri terbaru berjudul Monalisa yang merupakan adaptasi daripada drama Korea berjudul 'Two Women's Room' bagi menggantikan drama Syurga Yang Kedua di slot Tiara. Bakal membarisi pelakon seperti Zara Zya, Mona Allen, Nazim Othman, dan Hafreez Adam. Drama rantaian 80 episod ini merupakan arahan Shahrulezad Mohameddin dan terbitan Radius One Sdn Bhd.

Sinopsis Drama Monalisa (ASTRO)

Judul : MONALISA
Tarikh Tayangan : 20 Mac 2018
Siaran : Slot Tiara (Astro Prima 105 & Maya HD 135)
Pengarah : Shahrulezad Mohameddin
Terbitan : Radius One Sdn Bhd
Pelakon : Zara Zya, Mona Allen, Nazim Othman, Hafreez Adam, Amyza Aznan, Roy Azman, Shahriza Mahmud, Fatin Nur Afifah, Laila Nasir, Iman Suhana

Watak Pelakon:
Zara Zya sebagai Melissa
Mona Allen sebagai Ramona
Nazim Othman sebagai Johan
Hafreez Adam sebagai Adam Hakim
Amyza Aznan sebagai Rogayah
Roy Azman sebagai Tuan Mazlan

Sinopsis:

Mengisahkan watak Melissa yang merupakan seorang pewaris hotel terkenal. Melissa mempunyai hubungan romantik dengan Johan yang juga merupakan pengurus hotel tersebut. Kehidupannya berubah apabila berkawan dengan Ramona yang cemburu akan kemewahan yang dimilikinya.

Ramona merancang untuk mengambil segalanya milik Melissa termasuklah teman lelakinya Johan. Ramona kemudiannya berjaya meyakinkan dewan pengarah untuk memecat Melissa dari kedudukannya sebagai Naib Presiden.

Disaat Melissa ditimpa kesusahan, Adam mebantu Melissa mendapatkan pekerjaan di restorannya. Adam sebelum ini pernah bekerja sebagai tukang masak di hotel tersebut.

Melissa merancang untuk membalas dendam dan merampas kembali haknya.

No comments

Powered by Blogger.