Sinopsis Drama Kalis Kasih

Sinopsis Drama Kalis Kasih|NANTIKAN drama bersiri baru berjudul Kalis Kasih yang bakal ditayangkan di slot Samarinda TV3. Bakal menampilkan gandingan Amar Baharin, Mawar Rashid, Elvina Mohamad, dan Syazwan Zulkifli. Drama bersiri 15 episod terbitan Z K Creative Production Sdn Bhd diarahkan oleh saudara Nazir Jamaluddin.

Sinopsis Drama Kalis Kasih

Judul : KALIS KASIH
Jumlah Episod : 15 episod
Tarikh Tayangan : Mac 2018
Siaran TV : Slot Samarinda TV3
Skrip : Mama Bella & Maizura Ederis
Pengarah : Nazir Jamaluddin
Terbitan : Z K Creative Production Sdn Bhd
Pelakon : Mawar Rashid, Elvina Mohamad, Amar Baharin, Syazwan Zulkifly, Duerra Mitilda, Nazeera Sardi, Azri Iskandar, Rosnah Johari, Anne Abdullah, Amyza Adnan, Qazem Nor

Watak Pelakon:
Mawar Rashid sebagai Amanda
Amar Baharin sebagai Khair
Elvina Mohamad sebagai Dania
Syazwan Zulkifli sebagai Bard
Duerra Mitilda sebagai Iris Jameela
Nazeera Sardi sebagai Sandra
Rosnah Johari sebagai Helena
Amyza Aznan sebagai Zauyah
Azri Iskandar sebagai Kudin

Sinopsis:

Mengisahkan tentang watak Amanda dan Dania yang merupakan sepupu yang sebaya tetapi karakter mereka ketara berbeza. Amanda adalah anak bandar yang terpaksa tinggal dengan keluarga Dania di kampung semenjak kematian orang tuanya. Apabila dewasa, Amanda telah berkahwin dengan Khair. Dania menjadi pengasuh anak Amanda iaitu Iris. Amanda cemburu melihat Iris rapat dengan Dania.

Amanda terjatuh tangga sehingga kandungan keduanya keguguran dan rahimnya terpaksa dibuang. Iris pula meninggal dunia akibat keracunan makanan ketika Amanda runsing ibu mentuanya mendesak Khair kahwin lain. Dania telah cacat wajahnya akibat ditolak oleh Sandra yang mempunyai dendam lama pada Amanda kerana gagal kahwin dengan Khair.

Bard iaitu bekas tunangan Dania ikhlas berkahwin dengan Dania walaupun wajahnya cacat. Dania dan Bard menghadiahkan salah seorang anak kembar mereka kepada Amanda dan Dania.

No comments

Powered by Blogger.