Sinopsis Drama Tak Ada Cinta Sepertimu (ASTRO)

Sinopsis Drama Tak Ada Cinta Sepertimu (ASTRO)|NANTIKAN drama akan datang berjudul 'Tak Ada Cinta Sepertimu' yang juga adaptasi novel Tak Ada Cinta Sepertimu karya Anna Milia yang akan menggantikan drama Lafazkan Kalimah Cintamu di Astro Ria. Bakal dibarisi pelakon hebat seperti Syafiq Kyle, Zahirah Macwilson, Ruhainies, Fadlan Hazim, Nik Adam Mika, Hazman Al-Idrus dan ramai lagi. Drama bersiri 16 episod ini diarahkan oleh Jamal Khan dan dibawah terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd.

Sinopsis Drama Tak Ada Cinta Sepertimu (ASTRO)

Judul : TAK ADA CINTA SEPERTIMU
Tarikh Tayangan : 12 March 2018
Siaran TV : Slot MegaDrama (Astro Ria 104 & HD 123)
Penulis Novel : Anna Milia
Pengarah : Jamal Khan
Penulis Skrip: Rehal Nuharis
Terbitan : Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
Pelakon : Syafiq Kyle, Zahirah Macwilson, Ruhainies, Fadlan Hazim, Nik Adam Mika, Fikry Kiki, Hazman Al-idrus, Alif Muhaimin, Zarina Zainuddin, Ardell Aryana, Haleeda

Watak Pelakon:
Syafiq Kyle sebagai Hazran Widad
Zahirah Macwilson sebagai Athea
Nik Adam Mika sebagai Qaleef
Ruhainies sebagai Bella
Fadlan Hazim sebagai Azam
Fikri Kiki sebagai Qayyum

Sinopsis:

Mengisahkan watak hubungan antara Athea (Zahirah Macwilson) dan Hazran (Syafiq Kyle) yang tidak pernah aman. Bermula insiden berebut penadol di kedai runcit, kereta Athea yang menghalang kereta Hazran, cermin tingkap dipecahkan anak Athea dan sehinggalah mencuri kucing Hazran dinamakan Smokey atau Lulu. Hazran malah baik dengan anak Athea, Qarleef (Nik Adam Mika).

Keakraban Hazran dan Athea digunakan Kamarul untuk memfitnah mereka demi merebut Bella, tunang Hazran. Kamarul, boss Bella memang menaruh hati dengan Bella sejak dulu lagi.

Kemunculan Azam semakin merumitkan keadaan dan menjarakkan hubungan mereka. Namun, sejarah berulang dalam hidup Athea apabila Azam tidak sanggup memikul beban Athea yang bertambah. Hazran apabila mengetahui hal itu, cuba untuk meraih kasih Athea kembali. Namun, setelah dua kali dikecewakan, hati Athea sukar untuk menerima Hazran.

Apa kesudahan ini? Adakah Hazran dapat cinta dari Athea yang telah dikecewakan sebelum ini?

No comments

Powered by Blogger.