Sinopsis dan Senarai Pelakon Drama Melankolia

Sinopsis dan Senarai Pelakon Drama Melankolia|NANTIKAN drama akan datang berjudul 'Melankolia' yang akan bersiaran di slot Samarinda di TV3. Dibarisi pelakon seperti Nonny Nadirah, Datuk Eizlan Yusof, Aliff Aziz, Neera Azizi, Doria Rachel Jolly dan ramai lagi. Drama 24 episod ini diarahkan oleh Shuhaimi Zulkefli dan dibawah terbitan Orangetree Production Sdn Bhd.

Baca juga:
👉 Lirik Lagu Aliff Aziz - Amarah Cinta OST Melankolia

Sinopsis dan Senarai Pelakon Drama Melankolia

Judul :  MELANKOLIA
Episod : 24 episod
Tarikh Tayangan : 13 Februari 2018
Siaran : Slot Samarinda TV3
Skrip : Nana Khalil, Azmy Mohd Ariff, Nasir Sulaiman
Pengarah : Shuhaimi Zulkefli
Terbitan : Orangetree Production Sdn Bhd
Pelakon : Nonny Nadirah, Datuk Eizlan Yusof, Aliff Aziz, Doria Rachel Jolly, Daaim Jailani, Amir Nafis, Neera Azizi, Elanie, Zaibo, Liza Abdullah, Shahz Jazle

Watak Pelakon:
Nonny Nadirah sebagai Suhana
Aliff Aziz sebagai Zain
Dato Sri Eizlan Yusof sebagai Tuan Hamid
Amir Nafis sebagai Arif
Neera Azizi sebagai Nadia
Liza Abdullah sebagai Puan Anita
Datin Fadilah Mansor seagai Mak Jah
Zaibo sebagai Pak Abu
Shasha Raman sebagai Eira
Fazlina Haji Ahmad Daud
Doria Rachel sebagai Syakira
Daaim Jailani sebagai Rayyan

Sinopsis:

Mengisahkan watak Suhana, seorang gadis naif bekerja sebagai ejen hartanah yang begitu optimistik tentang kehidupan. Walau tertekan dengan ibu yang seringkali mendesaknya untuk berkahwin dengan lelaki berstatus dan kaya, namun Suhana masih hidup dalam dunia angannya.

Tuan Hamid pula ialah seorang lelaki pendiam. Dia merupakan seorang yang mempunyai latar belakang yang dirahsiakan dan mempunyai seorang ‘bodyguard’ bernama Zain.

Tuan Hamid ialah seorang ‘perfectionist’ dan mengharapkan kejayaan dalam setiap aspek. Tuan Hamid jatuh hati kepada Suhana, namun Suhana pula menyukai Zain. Apabila Suhana begitu pasti dia akan berkahwin dengan Zain, Zain pula sedar Tuan Hamid begitu menginginkan Suhana. Bagaimanakah pengakhiran kisah cinta tiga segi ini?

No comments

Powered by Blogger.