Sinopsis Wanita Terindah Lakonan Fattah Amin dan Nur Fazura

Sinopsis Wanita Terindah Lakonan Fattah Amin dan Nur Fazura|NANTIKAN telefilem akan datang berjudul 'Wanita Terindah' yang akan ditayangkan di Astro First Eksklusif 480 pada 2 November 2017. Diterajui pelakon utama seperti Fattah Amin dan Fazura. Turut membintangi adalah Nik Adam Mika, Sarah Hildebrand, Samantha Katie James dan Liza Othman.

Sinopsis Wanita Terindah Lakonan Fattah Amin dan Nur Fazura

Judul: Wanita Terindah
Tarikh Tayangan: 2 November 2017
Siaran : Astro First Eksklusif 480
Skrip : Rafidah Abdullah
Pengarah : Joon Goh
Terbitan : Red Films Sdn Bhd & FastyleAsia
Pelakon : Fattah Amin, Nur Fazura, Liza Othman, Nik Adam Mika, Sarah Hildebrand, Samantha Katie James, Ridzuan Hashim, Abu Bakar Juah

Sinopsis:

Mengisarkan Fahim (Fattah Amin), seorang jurugambar di sebuah syarikat penerbitan majalah yang memiliki perwatakan yang panas baran, kurang penyabar dan degil.

Namun begitu, beliau yang merupakan seorang anak tunggal begitu akrab dan menyayangi ibunya (Liza Othman), sehingga menamakan wanita itu ‘Wanita Terakhir’-nya dan tiada wanita lain yang mungkin mampu menandingi ibunya.

Mungkin kerana begitu menghargai pengorbanan ibunya selama ini yang membesarkan beliau secara bersendirian, Fahim begitu terkesan apabila ibunya membawa pulang seorang anak istimewa dari pusat jagaan yang mana ibunya berkhidmat sebagai seorang sukarelawan. Fahim tidak dapat menerima kehadiran Fikri (Adam Mika) dan mula memberontak di awal kemunculan anak ini di rumahnya.

Namun begitu, rakan sekerja Fahim yang juga merupakan seorang wartawan, Nuryn (Nur Fazura) berjaya mengubah persepsi Fahim akan Fikri dan beliau kemudiannya mula menerima anak kecil ini.

Namun begitu, tatkala mereka mula meniti kebahagiaan sebagai sebuah keluarga, kecelakaan tiba-tiba menimpa keluarga ini dan Fahim kehilangan seorang insan tersayang. Bagaimanakah Fahim menerima ketentuan ini?

No comments

Powered by Blogger.