Sinopsis Drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku Lakonan Raja Afiq dan Puteri Aishah

Sinopsis Drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku Lakonan Raja Afiq dan Puteri Aishah|
NANTIKAN drama akan datang berjudul 'Lelaki Itu Pemilik Hatiku' adaptasi daripada novel Mr Hot Guy karya Danisyarahmat. Diterajui pelakon utama seperti Raja Afiq, Puteri Aishah, Julia Farhana Marin dan Syazuwan Hassan. Drama dibawah terbitan A.Aida Production ini mendapat sentuhan sutradara Zul Huzaimy. Bakal bersiaran mulai 31 Oktober ini.

Baca juga:
👉 Biodata Syazuwan Hassan Pelakon Drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku

Sinopsis Drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku Lakonan Raja Afiq dan Puteri Aishah

JUDUL : LELAKI ITU PEMILIK HATIKU (MR HOT GUY)
TARIKH / MASA : 31 Oktober 2017
SIARAN : Slot Akasia TV3
PENULIS NOVEL : Danisyarahmat
PENGARAH : Zul Huzaimy Marzuki
TERBITAN : A. Aida Production Sdn Bhd
PELAKON : Raja Afiq, Puteri Aishah, Julia Farhana Marin, Syazuwan Hassan, Dilla Ahmad, Fish Fazil, Ariff Aziz, Jaja Iliyes, Natasha Mahyan

WATAK PELAKON
Raja Afiq sebagai Luqman Hakimi
Puteri Aishah sebagai Nurin Kamila
Julia Farhana Marin sebagai Andrea
Syazuwan Hassan sebagai Rashdan
Jaja Iliyes sebagai Shira
Ariff Aziz sebagai Mokhtar
Natasya Mahyan sebagai Yani
Dilla Ahmad sebagai Zaimah

SINOPSIS

Mengisahkan Luqman Hakimi, anak orang kaya yang cuba memikat hati Nurin Kamila. Mulanya hanya satu permainan yang dimainkan oleh Andrea kerana geram dengan sikap acuh tak acuh Luqman Hakimi pada perhubungan mereka. Bagi Luqman Hakimi yang senang disapa sebagai Luke, ini sajalah peluang untuk dia melepaskan diri dari Andrea yang merupakan calon menantu pilihan ibunya.

Luke jatuh hati terhadap Nurin, gadis yang bekerja disebuah kedai cenderamata. Luke menyahut cabaran Andrea jika dia berjaya memikat hati gadis tersebut, Andrea akan tinggalkannya sebaliknya dia perlu mengahwini Andrea.

Nurin Kamila Abdullah Hisyam aka ‘cik adik sayang’ pula tidak menyangka dialah si kambing hitam yang menjadi batu loncatan buat si Luke yang digelar Mr. Hot Guy Malaysia itu. Pantang bagi Nurin kalau bertembung dengan lelaki kaya, apatah lagi ada hubungan hati dengan lelaki jenis itu.

Awalnya si Luke fikir mudah saja menundukkan gadis kampung yang tidak berduit itu. Ternyata salah anggapannya itu. Maka kaedah daripada bestfriend forever, si Mokhtar diguna pakai. Kaedah pertama Gold and diamond, Kaedah kedua Hugs and Kisses, Kaedah ketiga Sleep tight. Tapi syaratnya tak boleh dipraktikkan sekaligus.

Dapatkah Si Hot Guy menawan hati cik adik sayang untuk dirinya selamanya?

No comments

Powered by Blogger.