Sinopsis Drama Red Velvet Lakonan Alif Satar dan Neelofa

Sinopsis Drama Red Velvet Lakonan Alif Satar dan Neelofa|NANTIKAN drama terbaru berjudul 'Red Velvet' adaptasi novel Red Velvet karya Acik Lana yang akan ditayangkan menerusi slot MegaDrama di Astro Ria. Gandingan hebat pelakon Alif Satar dan Neelofa sebagai peneraju utama. Turut membintangi pelakon seperti Hafidz Roshdi, Amira Othman, Hani Nazrina, Nadya Shahera dan ramai lagi.

Baca juga:

Sinopsis Drama Red Velvet Lakonan Alif Satar dan Neelofa

JUDUL : RED VELVET
TARIKH / MASA : 23 Oktober 2017
SIARAN : MegaDrama (Astro Ria & Ria HD)
PENULIS NOVEL : Acik Lana
PENGARAH : Hadith Omar
TERBITAN : Cube Films
PELAKON : Alif Satar, Neelofa, Hafidz Roshdi, Nina Nadira, Alif Hadi, Nadya Syahera, Hani Nazrina, Amira Othman, Qara Lyana

WATAK PELAKON
Alif Satar sebagai Izzat
Neelofa sebagai Helena
Hafidz Roshdi sebagai Fareeq
Amira Othman sebagai Suhaila

SINOPSIS RED VELVET

Helena tidak mempedulikan tohmahan mahupun kata-kata nista orang sekeliling bila dia ingin berkahwin dengan Fareeq yang merupakan suami orang, isteri kepada Suhaila. Perhubungan mereka dapat dihidu oleh Dato Fauzan lalu mencadangkan Helena dihantar ke luar negara untuk menyambung pelajaran.

Helena yang enggan, nekad melarikan diri dan merancang berkahwin dengan Fareeq. Malangnya, Fareeq tidak menepati janjinya menyebabkan Helena kecewa setengah mati.

Dalam mengharungi kehidupannya yang huru-hara, Helena bertemu dengan Izzat yang sinis, ego, berlagak tak bertempat. Semua ini menambahkan kekusutan di kepala Helena. Baker bajet hot yang bekerja di bakeri cabuk itu sentiasa mencari pasal dengan Helena.

Ada sahaja yang tak kena di matanya. Dan keadaan semakin tegang apabila keadaan memaksa Helena bekerja dengan Izzat di bakeri yang sama.

Hinggalah, hati mereka bertaut dengan kasih. Namun, rahsia Helena terbongkar sewaktu mereka berdua asyik menyulam cinta.

No comments

Powered by Blogger.