Sinopsis Drama Semusim Rindu

NANTIKAN drama bersiri akan datang adaptasi novel Semusim Rindu karya Aleya Aneesa. Bakal disiarkan menerusi slot Tiara (Astro Prima). Sebuah drama terbitan MIG Production yang dibarisi pelakon hebat seperti Ben Amir dan Intan Ladyana. Drama ini akan bersiaran mulai 29 Mei 2017.

Sinopsis Drama Semusim Rindu

JUDUL : SEMUSIM RINDU
TARIKH TAYANGAN : 29 Mei 2017
HARI / MASA : Isnin – Jumaat, 6.00 petang
SIARAN : Astro Prima &  Maya HD
PENULIS NOVEL : Aleya Aneesa
PENGARAH : Ejump Zahir
TERBITAN : MIG Production Sdn Bhd
PELAKON : Ben Amir, Intan Ladyana, Aizat Hassan, Yerlly Yarifin, Dayang Areeda, Haliza Misbun, Kartina Aziz

WATAK PELAKON
Ben Amir sebagai Ikhman
Intan Ladyana sebagai Hajar / Hani
Dayang Areeda sebagai Hanna
Haliza Misbun sebagai Datin Nasriah
Kartina Aziz sebagai Nazimah

SINOPSIS SEMUSIM RINDU

Mengisahkan Hajar Adira yang kehilangan kedua ibu bapanya sejak berumur 5 tahun, sejak itu dia tinggal bersama ibu saudaranya, Nazimah. Hajar selalu didera oleh Nazimah. Tidak tahan dengan penderaan fizikal dan mental yang terpaksa dilalui selama 5 tahun, Hajar nekad melarikan diri ke Johor untuk bertemu dengan Mak Ngah Nasriah.

Namun, setibanya di Johor Bahru Hajar hilang punca tanpa mengetahui arah untuk dituju. Pertemuannya dengan Firdaus yang sedang menunggu ketibaan isterinya, Fauziah telah membawa Hajar ke dalam kehidupan suami isteri itu yang masih belum dikurniakan zuriat.

Muncul pula Ikhman, lelaki yang suka sangat meyakitinya. Ikhman telah jatuh hati pada Hajar, namun keegoannya menjadi penghalang untuk berterus-terang. Pertemuaan mereka itu juga membuka jalan untuk Hajar bertemu dengan keluarga kandungnya. Kehadiran Pak Usu Halil selepas 15 tahun mencarinya masih sukar dimaafkan Hajar.

Hajar dan Ikhman pula setuju disatukan walaupun, Hajar masih sangsi akan perasaannya. Perkahwinan mereka berlangsung dengan syarat, mereka takkan tinggal sebumbung selepas berkahwin.

No comments

Powered by Blogger.