Sinopsis dan Senarai Pelakon Drama Keluarga Baha Don

Sinopsis dan Senarai Pelakon Drama Keluarga Baha Don|NANTIKAN drama komedi terbaru berjudul Keluarga Baha Don yang bakal ditayangkan bermula 11 Julai 2019 menerusi laman hiburan atas talian, Viu. Menampilkan lakonan seperti Remy Ishak, Khir Rahman, Susan Lankester, Sharifah Aleysha, Jihan Muse, Mark Adam, Namron dan ramai lagi. Drama 10 episod ini diarahkan oleh Syed Fariz dan terbitan dibawah Anomalous Films.

Sinopsis dan Senarai Pelakon Drama Keluarga Baha Don

JUDUL : KELUARGA BAHA DON
EPISOD : 10 episod
TARIKH TAYANGAN : 11 Julai 2019
PENULIS SKRIP : Fairul Nizam
PENGARAH : Syed Fariz
PRODUKSI : Anomalous Films
PELAKON : Remy Ishak, Khir Rahman, Sharifah Aleysha, Susan Lankester, Indi Nadarajah, Melissa Campbell, Jihan Muse, Sabri Yunus, Nam Ron, Ayu Azhari, Alvin Wong, Douglas Wong, Junji Delfino, Razak Ahmad, Mark Adam, Othman Hafsham

SINOPSIS:

Mengisahkan watak Jo Don (Remy Ishak), seorang chef yang bercita-cita untuk mengejar kemahiran memasaknya di Eropah. Jo Don mengalami dilema setelah kematian bapanya, Baha Don yang telah meninggalkan wasiat yang meminta Jo untuk mewarisi perniagaan keluarga.

Drama ini turut diselitkan dengan kisah percintaan di antara Jo dan Kesuma (Jihan Muse), namun ibunya, Mama Don (Susan) mahukan dia berkahwin dengan anak kenalannya lakonan Melissa Campbell.

Adakah Jo mengambil alih perniagaan bapanya atau teruskan impiannya untuk bergelar chef seperti yang dicita-citakannya selama ini? 

No comments

Powered by Blogger.