Sinopsis Drama Nota Buat Cempaka (Slot Widuri)

Sinopsis Drama Nota Buat Cempaka (Slot Widuri)|NANTIKAN drama bersiri terbaru berjudul Nota Buat Cempaka adaptasi daripada novel karya Sophilea yang bakal bersiaran mulai 6 Jun 2019 di slot Widuri RTM. Bakal menemukan gandingan seperti Daler Yusof dan Eyka Farhana. Drama 26 episod arahan Lizam Togil Ujang dan terbitan dibawah A Ten Alliance.

Sinopsis Drama Nota Buat Cempaka (Slot Widuri)

JUDUL : NOTA BUAT CEMPAKA
JUMLAH EPISOD : 26 episod
SIARAN TV : RTM (Mulai 6 Jun 2019), jam 7;00 malam
PENGARAH : Lizam Togil Ujang
TERBITAN : A Ten Alliance
PELAKON : Eyka Farhana, Daler Yusof, Allan Toh, Hani Nazrina, Rosnah Johari, Syuhaida Abraz, Marisa Yasmin, Qasrina Qistina, Khairil Anwar Aman, Nadzmi Adhwa, Azhar Amir

WATAK PELAKON:

Eyka Farhana sebagai Cempaka Elina
Daler Yusof sebagai Dr Luqman
Allan Toh sebagai Dr Mathew
Hani Nazrina sebagai Dyja

SINOPSIS:

Kisah Dr. Luqman Harith yang dijodohkan dengan Cempaka Elina atas pilihan keluarga. Luqman pada awalnya tak menunjukkan minat mula rasa tergugat apabila Dr Mathew mendekati Cempaka. Cempaka pula merasakan dirinya sebagai orang ketiga kepada kisah cinta Luqman dan Dyja. Cempaka juga selalu mendapat nota-nota daripada seseorang yang tidak dikenali.

No comments

Powered by Blogger.