Sinopsis dan Senarai Pelakon Drama Pujaan Hati Kanda

Sinopsis dan Senarai Pelakon Drama Pujaan Hati Kanda|NANTIKAN drama terbaru berjudul Pujaan Hati Kanda yang merupakan adaptasi novel karya Aulia Iman. Bakal menampilkan gandingan Remy Ishak dan Mira Filzah sebagai peneraju utama. Drama bersiri dibawah terbitan Mache All Star United ini diarahkan oleh Eoon Shuhaini.

Sinopsis dan Senarai Pelakon Drama Pujaan Hati Kanda

JUDUL : PUJAAN HATI KANDA
TARIKH TAYANGAN : Disember 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS NOVEL : Aulia Iman
PENGARAH : Eoon Shuhaini
PRODUKSI : Mache All Star United Sdn Bhd
PELAKON : Remy Ishak, Mira Filzah, Sarah Hildebrand, Syazwan Zulkifly, Elisya Sandha, Mustaqim Bahadon, Aida Khalida, Azar Azmi, Aidil Aziz, Dian P Ramlee, Catriona Ross

WATAK PELAKON:

Remy Ishak sebagai Megat Danish / Danny
Mira Filzah sebagai Tiara
Sarah Hildebrand sebagai Nadine
Syazwan Zulkifly sebagai Pali
Elisya Sandha sebagai Reena
Mustaqim Bahadon sebagai Kasyah

SINOPSIS:

Mengisahkan watak Danny seorang playboy yang sudah insaf dan mahu membina kehidupan baru. Sewaktu hari akad pernikahannya, hadiah tidak diduga hadir apabila bayi kecil diletakkan di ruang legar masjid bersama kad ucapan dan sehelai sijil kelahiran. Calon isterinya, Nadine enggan meneruskan perkahwinan selagi misteri kehadiran bayi kecil itu tidak terungkai.

Semuanya berjalan lancar sehinggalah Tiara tamat pengajian semester akhir dan akan pulang ke kampung halaman. Hendak atau tidak, dia sudah tiada pilihan. Status palsu sebagai duda kematian isteri, terpaksa diakui demi meraih simpati keluarga kepada pengasuh ‘anak segeranya’ itu agar membenarkan Tiara terus mengasuh.

No comments

Powered by Blogger.