Sinopsis dan Senarai Pelakon Filem Polis Evo 2

Sinopsis dan Senarai Pelakon Filem Polis Evo 2|NANTIKAN Filem terbaru berjudul Polis Evo 2 yang bakal ditayangkan di pawagam mulai 22 November 2018 ini. Menampilkan gabungan pelakon 3 buah negara dimana Malaysia menampilkan Shaheizy Sam, Zizan Razak, Erra Fazira, Soffi Jikan, Shafiq Naswip, Riz Amin, Hairul Azreen, Dennis Yin, Hairie Othman, Rusdi Ramli. Pelakon Singapura menampilkan Hasnul Rahmat, Jeff Catz dan Fir Rahman. Manakala pelakon Indonesia dibintangi oleh Raline Shah, Mike Lucock dan Tanta Ginting. Filem ini diarahkan oleh Joel Soh dan Andre Chiew dan dibawah terbitan Astro Shaw & Blackflag Sdn Bhd.

Sinopsis dan Senarai Pelakon Filem Polis Evo 2

TAJUK : POLIS EVO 2
Genre : Aksi
Tarikh Tayangan : 22 November 2018
Pengarah : Joel Soh & Andre Chiew
Produksi : Astro Shaw & Blackflag Sdn Bhd
Pelakon : Zizan Razak, Shaheizy Sam, Raline Shah, Hasnul Rahmat, Erra Fazira, Mike Lucock, Tanta Ginting, Soffi Jikan, Riz Amin, Hairul Azreen, Ramdan Misnon, Syafie Naswip, Jeff Catz, Fir Rahman Dennis Yin

SINOPSIS:

Mengisahkan watak Inspektor Sani dan Khai yang kini terlibat dalam sebuah misi pengintipan di sebuah pulau terpencil di pantai timur. Suasana bertukar keruh apabila sekumpulan pengganas militan yang diketuai oleh Hafsyam Jauhari menyerang dan menawan pulau tersebut. Sani ditahan oleh kumpulan pengganas itu bersama dengan 200 orang kampung yang dijadikan tebusan, manakala Khai pula terperangkap di kawasan kampung.

Sani cuba melawan ketua kumpulan pengganas itu dari dalam tempat tahanan selepas menyaksikan sendiri keganasan kumpulan tersebut. Khai pula berjaya menemui seorang polis perisik dari Indonesia dan 4 orang anggota pasukan khas yang dihantar oleh kerajaan Malaysia.

Mampukah mereka menumpaskan Hafsyam Jauhari bersama kumpulannya??

No comments

Powered by Blogger.