Sinopsis Drama Lelaki Kiriman Tuhan (ASTRO)

Sinopsis Drama Lelaki Kiriman Tuhan (ASTRO)|NANTIKAN drama adaptasi novel berjudul Lelaki Kiriman Tuhan karya Umie Nadzimah yang akan disiarkan di slot Raihana saluran Astro Oasis. Bakal menampilkan gandingan baru Remy Ishak dan Mira Filzah sebagai teraju utama. Drama bersiri arahan Rashid Sibir ini merupakan dibawah terbitan Zeel Production.

Sinopsis Drama Lelaki Kiriman Tuhan (ASTRO)

JUDUL : LELAKI KIRIMAN TUHAN
TARIKH TAYANGAN : Oktober 2018
WAKTU SIARAN : Isnin, 9 malam
SIARAN TV : Astro Oasis & Maya HD
PENULIS NOVEL : Umie Nadzimah
PENGARAH : Rashid Sibir
TERBITAN : Zeel Production Sdn Bhd
PELAKON : Remy Ishak, Mira Filzah, Isyariana, Kartina Aziz, Uyaina Arshad, Mak Jah, Jesse Lim, PU Azman

WATAK PELAKON :
Remy Ishak sebagai Iqbal Raid
Mira Filzah sebagai Naira
Isyariana sebagai Zeenat

SINOPSIS:

Naira, si gadis garang dan selalu berwajah masam. Dia tidak percaya pada lelaki yang cuba mendekatinya. Semua tak ikhlas dan suka ambil kesempatan. Lelaki yang mengaku mencintainya separuh mati pun akan pergi bila tahu dia banyak tanggung beban hutang keluarga. Nampak sangat tak bersungguh menyayangi dia, tak mahu susah bersama.

Tiba-tiba muncul lelaki berperangai hantu ganggu hidup Naira. Iqbal Raid namanya. Raid seronok untuk tawan hati Naira yang muka macam jeruk, ego dan sombong itu. Macam-macam cara Raid cuba untuk berbaik-baik dengan Naira.

Raid selalu ada bila Naira susah dan bermasalah. Dia sanggup buat apa saja, berkorban segalanya untuk Naira dan tidak lari seperti lelaki lain. Lama-lama Raid yang miring dan hantu itulah yang Naira rindu. Tidak mahu bercinta sebelum nikah, Naira setuju kahwin segera walau dibantah oleh abang kandung sendiri, Mirza.

Musim bulan madu berlalu dengan indah, baru terbongkar satu per satu rahsia Raid yang penuh misteri. Ketika itu, bolehkah Naira menerima Raid seadanya? Apakah kesudahan rumahtangga mereka? Terus bahagia atau sebaliknya?

No comments

Powered by Blogger.