Sinopsis Drama Jangan Benci Cintaku

Sinopsis Drama Jangan Benci Cintaku|NANTIKAN drama terbaru adaptasi novel Jangan Benci Cintaku karya Emy Roberto yang bakal disiarkan di slot Akasia TV3. Dibintangi pelakon hebat seperti Saharul Ridzwan, Zahirah Macwilson, Izzue Islam, Niena Baharun, Amelia Henderson dan ramai lagi. Drama bersiri 28 episod ini merupakan arahan Pali Yahya dan terbitan Suhan Movies & Trading.

Sinopsis Drama Jangan Benci Cintaku

JUDUL : JANGAN BENCI CINTAKU
JUMLAH EPISOD : 28 episod
TARIKH TAYANGAN : Jun 2018
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS NOVEL : Emy Roberto
PENGARAH : Pali Yahya
TERBITAN : Suhan Movies & Trading
PELAKON : Saharul Ridzwan, Zahirah Macwilson, Izzue Islam, Niena Baharun, Amelia Henderson, Daler Yusuf, Luqman Hafidz, Azizah Mahzan

WATAK PELAKON :
Saharul Ridzwan sebagai Shahrizal Hayrat
Zahirah Macwilson sebagai Rafeeqa Huda
Izzue Islam sebagai Syazwi
Niena Baharun sebagai Husna
Amelia Henderson sebagai Damia

SINOPSIS:
Rafeeqa terpaksa berkahwin dengan Shahrizal, calon pilihan keluarganya ketika usianya masih muda. Bagi Shahrizal, tiada sebab untuk dia tidak jatuh cinta pada Rafeeqa tapi bagi Rafeeqa, perkahwinan itu satu bebanan. Rafeeqa nekad melanjutkan pelajarannya ke luar negara, walaupun dipujuk rayu si suami. Dengan berat hati, Shahrizal melepaskan isterinya pergi setelah Rafeeqa berkeras dengan keputusannya.

Pada awalnya, Shahrizal masih melayannya dengan baik. Namun, segalanya berubah pada tahun terakhir pengajian Rafeeqa. Mereka sudah kurang berhubung. Dinginnya Shahrizal buat Rafeeqa mengesyaki sesuatu. Saat itu dia mula rasa kehilangan.

Rafeeqa pulang ke tanahair dan mahu menjadi isteri yang lebih baik. Namun Shahrizal sudah ada orang ketiga iaitu Husna. Dengan sokongan rakannya Damia, Rafeeqa tidak mengalah untuk kembali memikat si suami.

Namun tidak semudah itu, dengan kemunculan Husna di antara dirinya dan Shahrizal, Nek Pah yang tak pernah mengiktiraf kedudukannya sebagai cucu menantu dan juga Irwan yang tak habis-habis menempel untuk mendekatinya, semuanya menguji kesabaran.

No comments

Powered by Blogger.