Sinopsis dan Senarai Pelakon Drama Rahsia Hati Perempuan

Sinopsis dan Senarai Pelakon Drama Rahsia Hati Perempuan|NANTIKAN drama terbaru berjudul Rahsia Hati Perempuan yang bakal disiarkan di slot MegaDrama saluran Astro Ria. Diterajui pelakon seperti Hisham Hamid, Mira Filzah, Fikry Ibrahim dan Uqasha Senrose. Drama bersiri 24 episod ini merupakan dibawah arahan Michael Ang.

Sinopsis dan Senarai Pelakon Drama Rahsia Hati Perempuan

Judul : RAHSIA HATI PEREMPUAN
Jumlah Episod : 24 episod
Tarikh Tayangan : Mei 2018
Siaran TV : Slot MegaDrama (Astro Ria)
Pengarah : Michael Ang
Terbitan : Hyper Pictures Sdn Bhd
Pelakon : Hisyam Hamid, Mira Filzah, Fikry Ibrahim, Uqasha Senrose, Eina Azman, Mak Wan, Fauziah Ahmad Daud, Lydiawati, Amir Nafis, Ziha Salleh, Duerra Mitilda, Redzwan Adha, Shah Faris

Watak Pelakon:
Hisyam Hamid sebagai Zayn
Mira Filzah sebagai Ilaina
Fikry Ibrahim sebagai Mikael
Uqasha Senrose sebagai Arissa

Sinopsis:
Mengisahkan antara erti cinta dan persahabatan. Kekasih dan pengorbanan.

Ilaina, Zayn dan Mikael bersahabat dari kecil dan terpisah bila Ilaina berpindah ke luar negara. Suatu hari Zayn dan Mikael pergi ke Australia untuk mengubati kekecewaan akibat perkahwinan yang tak jadi.

Ilaina dan Arissa telah menyelamatkan Mikael dan Zan yang sesat di kawasan perkhemahan. Ilaina bertemu semula dengan Zayn dan Mikael tetapi Ilaina tidak memberitahu mereka adalah kawan baik dari kecil.

Setelah mengetahui yang Ilaina adalah kawan baik mereka dari kecil, Mikael dan Zayn telah dijemput ke rumah Ilaina. Ibu Ilaina, Puan Suraya tidak senang dengan kehadiran Zayn dan Mikael.

Ilaina mengajak Arissa untuk pulang ke Malaysia walaupun di larang keras oleh Puan Suraya. Sekembalinya ke tanah air, Zayn ternampak bekas tunangnya dengan lelaki lain.

No comments

Powered by Blogger.