Sinopsis Filem KL Special Force (2018)

Sinopsis Filem KL Special Force (2018)|NANTIKAN filem terbaru berjudul KL Special Force yang bakal menemui penonton di pawagam mulai 8 Mac ini. Filem bergenre aksi ini dibintangi pelakon hebat seperti Fattah Amin, Rosyam Noor, Syamsul Yusof, Tania Hudson, Mahmud Ali Basyah dan ramai lagi. Filem ini merupakan arahan pengarah muda, Syafiq Yusof dan dibawah terbitan Skop Production, Damofa Production, dan Viper Studios.

Sinopsis Filem KL Special Force (2018)

Tajuk : KL SPECIAL FORCE
Tarikh Tayangan : 8 Mac 2018
Genre : Aksi
Pengarah : Syafiq Yusof
Terbitan : Skop Production, Damofa Productions, Viper Studios
Pelakon : Fattah Amin, Rosyam Noor, Syamsul Yusof, Mahmud Ali Basyah, Shaharuddin Tambi, Esma Denial, Puteri Balqi, Sabrina Ali, Tania Hudson, Liza Abdullah, Ramona Zamzam, Razif Salimin, Mustaqim Bahadon, Josiah Padilla Hogan, Siraj Alzakap, Ruzzlan Abdullah Shah

Sinopsis:

Mengisahkan tentang sekumpulan Unit Khas PDRM yang diketuai oleh Roslan yang berusaha untuk menjatuhkan sekumpulan perompak yang diketuai oleh Asyraff. Kumpulan perompak yang dikenali sebagai 'Geng Anarkis' melaksanakan pelan rompakan dengan begitu licik dan pelbagai taktik untuk mengelirukan pihak polis.

Sinopsis Filem KL Special Force (2018)

Seorang anggota polis muda bernama Zul yang berjiwa besar diserapkan dalam Unit Khas PDRM untuk membantu Roslan menyelesaikan kes berkenaaan, tetapi situasi menjadi bertambah rumit apabila ketua perompak iaitu Asyraff mula memanipulasi perasaan, minda dan syak wasangka diantara Roslan dan Zul.

Sinopsis Filem KL Special Force (2018)

Dalam pada masa yang sama, Roslan mengalami masalah keseimbangan masa untuk kerja dan keluarga dan sering bertengkar dengan isterinya yang bernama Diana.

Zul juga mengalami masalah yang sama dengan tunangnya Mia yang merupakan anak kepada pengerusi bank Damofa iaitu Dato' Mior.

Sinopsis Filem KL Special Force (2018)

Sebuah rahsiah bakal terbongkar apabila geng anarkis hanya merompak bank kepunyaan Dato' Mior. Bagaimanakah pihak polis mahu menumpaskan Geng Anarkis? Apakah rahsia tersebut? 

No comments

Powered by Blogger.