Sinopsis Drama Cinta Hati Batu (TV3)

Sinopsis Drama Cinta Hati Batu (TV3)|
NANTIKAN drama terbaru berjudul Cinta Hati Batu yang diadaptasi daripada novel One Day You'll Be Mine karya Inawza Yusof. Gandingan hebat pelakon seperti Ashraf Muslim, Aishah Azman dan Fadlan Hazim. Turut membintangi pelakon seperti Indah Emeerlda, Sasqia Dahuri, Farisha Irwayu, Ardell Aryana dan lain-lain. Drama bersiri 20 episod ini mendapat sentuhan pengarah Amor Rizan dan terbitan Primeworks Studios.

Baca juga:
👉 Lirik Lagu Ariff Bahran - Kata Akhirmu (OST Drama Cinta Hati Batu)

Sinopsis Drama Cinta Hati Batu (TV3)

Judul : CINTA HATI BATU
Tarikh/Masa : 28 Disember 2017
Siaran : Slot Lestary TV3
Penulis Novel : Inawza Yusof
Pengarah : Amor Rizan
Terbitan : Primeworks Studios
Pelakon : Ashraf Muslim, Aishah Azman, Fadlan Hazim, Indah Emeerlda, Farisha Irwayu, Sasqia Dahuri, Ardell Aryana, Nadzmi Adhwa, Fazreen Rafi, Nadiyah Shahab, Ain Edruce, Livonia Ricky, Mustaqim Bahadom, Alif Hadi

Watak Pelakon:
Ashraf Muslim sebagai Dzul Ehsan
Aishah Azman sebagai Anith Fitriah
Fadlan Hazim sebagai Nik Afezal
Indah Emeerlda sebagai Aya
Farisha Irwayu sebagai Asmah
Ardell Aryana sebagai Elisa
Sasqia Dahuri sebagai Farisha
Nadzmi Adhwa sebagai Farez
Nadiyah Shahab sebagai Nahda
Sasqia Dahuri sebagai Mega Ariyana

Sinopsis:

Mengisahkan Anith Fitriah (Aishah Azman) yang berkahwin dengan Dzul Ehsan (Asyraf Muslim) atas aturan keluarga. Namun perkahwinan mereka langsung tidak mewujudkan perasaan kasih sayang. Fitriah masih tidak dapat melupakan kisah cinta silamnya dan terus menyalahkan diri sendiri bila dia menyebabkan kematian tunangnya Nik Afezal dalam satu kemalangan kereta.

Tanpa keserasian, mereka membuat keputusan untuk bercerai. Malah hubungan mereka bertambah baik. Fitriah juga masih mengambil berat tentang Aya.  Tiba-tiba, Fitri dikejutkan dengan kemunculan Nik Afezal yang disangkanya telahpun meninggal dunia. Rupanya semuanya telah dirancang oleh keluarga mereka.

Apakah kesudahannya? Adakah Fitriah dapat menjalin hubungan semula bersama dengan Nik Afezal?

No comments

Powered by Blogger.