Sinopsis dan Senarai Pelakon Drama Red Velvet (ASTRO)

Sinopsis dan Senarai Pelakon Drama Red Velvet (ASTRO)|DRAMA akan datang berjudul 'Red Velvet' adaptasi novel Red Velvet karya Acik Lana yang bakal ditayangkan menerusi slot MegaDrama di Astro Ria. Diterajui pelakon hebat seperti Alif Satar dan Neelofa. Drama ini merupakan arahan pengarah Hadith Omar. Turut membintangi dalam drama ini seperti Hafizh Roshdi, Amira Othman, Nadya Shahera, Qara Lyana dan Hani Nazrina.

Baca juga:
Sinopsis dan Senarai Pelakon Drama Red Velvet (ASTRO)

JUDUL : RED VELVET
TARIKH / MASA : 23 Oktober 2017
SIARAN : MegaDrama (Astro Ria & Ria HD)
PENULIS NOVEL : Acik Lana
PENGARAH : Hadith Omar
TERBITAN : Cube Films
PELAKON : Alif Satar, Neelofa, Hafidz Roshdi, Nina Nadira, Alif Hadi, Nadya Syahera, Hani Nazrina, Amira Othman, Qara Lyana

WATAK PELAKON
Alif Satar sebagai Izzat
Neelofa sebagai Helena
Hafidz Roshdi sebagai Fareeq
Amira Othman sebagai Suhaila
Nina Nadira sebagai Izzati
Hani Nazrina sebagai Aida
Qara Lyana sebagai Zuhira
Nadya Shahera sebagai Biha

SINOPSIS

Helena tidak mempedulikan tohmahan mahupun kata-kata nista orang sekeliling bila dia ingin berkahwin dengan Fareeq yang merupakan suami orang, isteri kepada Suhaila. Perhubungan mereka dapat dihidu oleh Dato Fauzan lalu mencadangkan Helena dihantar ke luar negara untuk menyambung pelajaran.

Dalam mengharungi kehidupannya yang huru-hara, Helena bertemu dengan Izzat yang sinis, ego, berlagak tak bertempat. Semua ini menambahkan kekusutan di kepala Helena. Baker bajet hot yang bekerja di bakeri cabuk itu sentiasa mencari pasal dengan Helena.

Ada sahaja yang tak kena di matanya. Dan keadaan semakin tegang apabila keadaan memaksa Helena bekerja dengan Izzat di bakeri yang sama.

Hinggalah, hati mereka bertaut dengan kasih. Namun, rahsia Helena terbongkar sewaktu mereka berdua asyik menyulam cinta.

No comments

Powered by Blogger.