Senarai Pelakon dan Sinopsis Drama Biar Aku Jadi Penunggu

                   

Drama adaptasi novel terbaru berjudul Biar Aku Jadi Penunggu bakal menemui penonton tidak lama lagi mulai 26 Disember 2016. Drama ini diadaptasikan daripada novel Biar Aku Jadi Penunggu karya Arsha yang bakal menampilkan gandingan hero dan heroin yang tidak pernah dilihat berlakon bersama sebelum ini iaitu Ashraf Muslim dan Janna Nick. Gandingan yang masih segar ini pasti membuatkan penonton dan peminat drama melayu teruja untuk menonton drama ini, lebih-lebih lagi drama ini ditayangkan di slot akasia tv3.

Tajuk: Biar Aku Jadi Penunggu
Tarikh Tayangan: 26 Disember 2016
Hari Tayangan: Isnin-Khamis
Masa Tayangan: 6.58 Petang
Saluran: Slot Akasia TV3
Episod Penuh: 28 Episod
Pengarah: Michael Ang
Terbitan: Saphire Screen
Senarai Pelakon:
Ashraf Muslim sebagai Afeef
Janna Nick sebagai Iffat
Octovia Menrose sebagai Damia hani
Shah iskandar  sebagai Fazree
Miera lyana sebagai Hayati
Azah azmi sebagai Afia
Lan siro sebagai Lokman
Mahmod Ali bashah sebagai Dato Azman
Wilma Mohamad sebagai Datin Maimon

Sinopsis

Iffat Hamani dan Muhammad Afeef Adwan merupakan sahabat baik sejak dari bangku sekolah lagi dan mereka setuju untuk berkahwin atas kepentingan masing-masing selain berani memperjudikan masa depan sendiri demi kebahagiaan orang tersayang.

Iffat menaruh harapan tinggi agar ada sinar kebahagian selepas berkahwin dan cita-cita mereka tercapai. Dia percaya dengan janji yang diberi oleh Afeef kerana yakin atas persahabatan mereka. Dia tetap setia menunggu walaupun sedar hatinya sedang dilukai.

Afeef bahagia dengan apa yang dimiliki kerana hajatnya telah tercapai. Terlalu leka dengan apa yang ada sehingga lupa akan seseorang yang setia menanti janjinya dulu walaupun tidak pernah dituntut.

                   

No comments

Powered by Blogger.